Sabtu, 18 April 2020

SUMBANGAN PKP FASA 4

SUMBANGAN PKP FASA 4
18 April 2020


Kota Kinabalu: Agihan sumbangan PKP Covid-19 fasa ke-4 & Ambang Ramadhan An-Najiyah dengan kerjasama Dakwah Channel MRJ Team sekitar Kota Kinabalu - Tuaran sedang berjalan dengan pengawasan anggota RELA. Semoga semuanya dipermudahkan & berjalan dengan lancar.

#DoakanKami
#SumbanganPKPCovid19Fasa4
#SumbanganAmbangRamadhan
#TerimaKasihKepadaYangTelahMenyumbang
#DakwahChannelMRJTeam

Kenali sahabat An-Najiyah:
Dakwah Channel MRJ Team
https://www.facebook.com/Dakwah-Channel-MRJ-Team-491696167869495/

Ikuti perkembangan kami di media sosial:
FB
fb.me/annajiyahsabah
TELEGRAM
telegram.me/annajiyahsabah
INSTAGRAM
instagram.com/annajiyahsabah
TWITTER
twitter.com/annajiyahsabah
BLOG
annajiyahsabah.blogspot.com

Jumaat, 17 April 2020

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 183-184

PUASA UMAT TERDAHULU 3 HARI SETIAP BULAN



Berkata Ibnu Kathir melanjutkan tafsiran ayat 183:

ثُمَّ بَيَّنَ مِقْدَارَ الصَّوْمِ، وَأَنَّهُ لَيْسَ فِي كُلِّ يَوْمٍ، لِئَلَّا يَشُقَّ عَلَى النُّفُوسِ فَتَضْعُفَ عَنْ حَمْلِهِ  وَأَدَائِهِ، بَلْ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ. وَقَدْ كَانَ هَذَا فِي ابْتِدَاءِ الْإِسْلَامِ يَصُومُونَ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ، ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ بِصَوْمِ شَهْرِ رَمَضَانَ...

وَقَدْ رُوي أَنَّ الصِّيَامَ كَانَ أَوَّلًا كَمَا كَانَ عَلَيْهِ الْأُمَمُ قَبْلَنَا، مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ -عَنْ مُعَاذٍ، وَابْنِ مَسْعُودٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَعَطَاءٍ، وَقَتَادَةَ، وَالضَّحَّاكِ بْنِ مُزَاحِمٍ. وَزَادَ: لَمْ يَزَلْ هَذَا مَشْرُوعًا مِنْ زَمَانِ نُوحٍ إِلَى أَنْ نَسَخ اللَّهُ ذَلِكَ بِصِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ.
وَقَالَ عَبَّادُ بْنُ مَنْصُورٍ، عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ * أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ﴾ فَقَالَ: نَعَمْ، وَاللَّهِ لَقَدْ كُتب الصِّيَامُ عَلَى كُلِّ أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ كَمَا كُتِبَ  عَلَيْنَا شَهْرًا كَامِلًا وَأَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ: عَدَدًا مَعْلُومًا. 

“Kemudian Allah SWT menjelaskan batas hari-hari yang dilakukan padanya puasa, hal itu dilakukan bukan setiap hari agar tidak berat dikerjakan yang nanti akan mengakibatkan tubuh menjadi lemah dalam menunaikannya, melainkan hanya dalam beberapa hari tertentu. Demikianlah cara ibadah puasa pada permulaan Islam, iaitu mereka melakukan puasa tiga hari setiap bulan. Kemudian hal ini diganti (mansuh) oleh perintah puasa bulan Ramadan sepenuhnya...

Sesungguhnya telah diriwayatkan bahwa ibadah puasa pada permulaan Islam dilakukan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum kita, iaitu setiap bulannya tiga hari. Riwayat ini dari Mu'az, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Ato, Qatadah, dan Ad-Dahhak Ibnu Muzahim. Puasa demikian masih terus berlangsung sejak zaman Nabi Nuh a.s. sampai Allah menasakhkannya  dengan puasa bulan Ramadan.

Abbad ibnu Mansur meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Basri sehubungan dengan makna firmanNya: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu.” (Al-Baqarah: 183-184) 

Maka Al-Hasan Al-Basri mengatakan, "Memang benar, demi Allah, sesungguhnya ibadah puasa diwajibkan atas semua umat yang telah lalu, sebagaimana diwajibkan atas kita sebulan penuh; yang dimaksudkan dengan ayyaamam ma'dudat ialah hari-hari tertentu yang telah dimaklumi." (Tafsir Ibnu Katshir)

GOLONGAN YANG WAJIB BERPUASA RAMADAN

Allah berfirman:

أَيَّامٗا مَّعۡدُودَٰتٖۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدۡيَةٞ طَعَامُ مِسۡكِينٖۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرٗا فَهُوَ خَيۡرٞ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 184)

Tafsir Al-Muyassar :

فرض الله عليكم صيام أيام معلومة العدد وهي أيام شهر رمضان. فمن كان منكم مريضًا يشق عليه الصوم، أو مسافرًا فله أن يفطر، وعليه صيام عدد من أيام أُخَر بقدر التي أفطر فيها. وعلى الذين يتكلفون الصيام ويشقُّ عليهم مشقة غير محتملة كالشيخ الكبير، والمريض الذي لا يُرْجَى شفاؤه، فدية عن كل يوم يفطره، وهي طعام مسكين، فمن زاد في قدر الفدية تبرعًا منه فهو خير له، وصيامكم خير لكم -مع تحمُّل المشقة- من إعطاء الفدية، إن كنتم تعلمون الفضل العظيم للصوم عند الله تعالى

“Allah mewajibkan atas kamu puasa di hari-hari tertentu, iaitu hari-hari di bulan Ramadhan. Sesiapa di antara kamu yang sakit sehingga puasa memberatkannya atau dia bermusafir, maka dia boleh berbuka dan dia wajib menggantikannya di hari lain sejumlah hari-hari di mana dia berbuka darinya. Orang-orang yang memaksakan diri untuk berpuasa, di mana puasa sangat memberatkannya dan dia tidak sanggup memikulnya seperti lanjut usia dan orang yang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Maka dia hendaklah membayar fidyah untuk setiap hari di mana dia tidak berpuasa padanya, iaitu memberi makan kepada orang yang memerlukan serta tidak memiliki apa-apa yang mencukupkannya dan menutupi keperluannya. Sesiapa yang memberikan jumlah lebih dari fidyah wajibnya dengan sukarela maka itu lebih baik baginya. Puasa kamu dengan memikul kesulitan adalah lebih baik bagi kamu daripada memberikan fidyah, apabila kamu mengetahui keutamaan yang agung  pada berpuasa di sisi Allah.”

_______________________

Dijemput juga untuk menyertai media sosial kami berikut ini:

Khamis, 16 April 2020

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 183

PUASA KEFARDUAN UMAT TERDAHULU

Allah SWT berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)

Tafsiran ayat dari kitab-kitab tafsir terkenal.

1. Tafsir Al-Muyassar:


يا أيها الذين صدَّقوا الله ورسوله وعملوا بشرعه، فرض الله عليكم الصيام كما فرضه على الأمم قبلكم لعلكم تتقون ربكم، فتجعلون بينكم وبين المعاصي وقاية بطاعته وعبادته وحده.

“Wahai orang-orang yang beriman yang membenarkan Allah dan RasulNya dan mengerjakan syariatNya, Allah mewajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana Dia telah mewajibkannya atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketakwaan kepada Tuhan kamu. Sehingga kamu dapat menjadikan di antara kamu dengan perbuatan maksiat sebagai suatu penghalang melalui ketaatan kepadaNya dan ibadah kepadaNya semata-mata.”

 2. Tafsir Ibnu Kathir:

يَقُولُ تَعَالَى مُخَاطِبًا لِلْمُؤْمِنِينَ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَآمِرًا لَهُمْ بِالصِّيَامِ، وَهُوَ: الْإِمْسَاكُ عَنِ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ وَالْوِقَاعِ بِنِيَّةٍ خَالِصَةٍ لِلَّهِ  عَزَّ وَجَلَّ، لِمَا فِيهِ مِنْ زَكَاةِ النَّفْسِ وَطَهَارَتِهَا وَتَنْقِيَتِهَا مِنَ الْأَخْلَاطِ الرَّدِيئَةِ وَالْأَخْلَاقِ الرَّذِيلَةِ. وَذَكَرَ أَنَّهُ كَمَا أَوْجَبَهُ عَلَيْهِمْ فَقَدْ أَوْجَبَهُ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَهُمْ، فَلَهُمْ فِيهِ أُسْوَةٌ، وَليَجتهد هَؤُلَاءِ فِي أَدَاءِ هَذَا الْفَرْضِ أَكْمَلَ مِمَّا فَعَلَهُ أُولَئِكَ

“Melalui ayat ini Allah SWT berbicara kepada orang-orang mukmin dari kalangan umat ini dan memerintahkan kepada mereka berpuasa, iaitu menahan diri dari makan dan minum serta bersetubuh dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Ini kerana di dalam berpuasa terkandung hikmah membersihkan jiwa, menyucikannya serta membebaskannya dari percampuran yang buruk (bagi kesihatan tubuh) dan akhlak-akhlak yang rendah.

Allah menyebutkan bahawasanya sebagaimana puasa diwajibkan atas mereka, sesungguhnya Allah pun telah mewajibkannya atas umat-umat sebelum mereka. Dengan demikian, bererti mereka mempunyai teladan dalam berpuasa, dan hal ini memberikan semangat kepada mereka dalam menunaikan kewajiban ini, iaitu dengan pelaksanaan yang lebih sempurna dari apa yang telah ditunaikan oleh orang-orang sebelum mereka.”

3.Tafsir Jalalayn:



{ ياأيها الذين ءَامَنُواْ كُتِبَ } فرض { عَلَيْكُمُ الصيام كَمَا كُتِبَ عَلَى الذين مِن قَبْلِكُمْ } من الأمم { لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ } المعاصي فإنه يكسر الشهوة التي هي مبدؤها .

“(Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu) di antara umat manusia (agar kamu bertakwa) maksudnya menjaga diri dari maksiat, kerana puasa itu dapat membendung syahwat yang menjadi pangkal sumber kemaksiatan itu.”

#siritafsirquran

#tadabbur
#tafsirpilihan
#qurandanhadis


Dijemput juga untuk menyertai media sosial kami berikut ini:

Sumbangan Fasa Ke-3

Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah telah menyerahkan sumbangan Covid-19 fasa ke-3 sekitar putatan, kolombong, inanam, rampaian,sulaman, unggun, lokub, dan telipok.



Jazakumullahu Khairan Kathira kepada para penyumbang.


Kita memohon agar Wabak Covid-19 ini segera di angkat (dihilangkan) oleh Allah SWT agar kelak keadaan pulih seperti biasa semula. Amin


AGIHAN SUMBANGAN AN-NAJIYAH PKP COVID19 FASA 4 & AMBANG RAMADHAN

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah (PPM-005-12-07122018) mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana individu/organisasi untuk sama-sama meringankan beban golongan asnaf yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar daerah Kota Kinabalu - Tuaran sekaligus memberi makan berbuka puasa di bulan ramadhan yang akan tiba.

Salurkan sumbangan anda ke:

Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah
No. Akaun: 10052010119344
Bank: Bank Islam


Ikuti kami di media sosial An-Najiyah Sabah

FB
fb.me/annajiyahsabah
TELEGRAM
telegram.me/annajiyahsabah
INSTAGRAM
instagram.com/annajiyahsabah
TWITTER
twitter.com/annajiyahsabah

Antara Aktiviti-Aktiviti Pertubuhan An-Najiyah

2 JUN 2019 (AHAD) 28 RAMADHAN 1440H

⏰ 09.30AM

🕌 Masjid UMS Kota Kinabalu

📜 Berkumpul dan memeriksa semula barang barang zakat

 🖋 Mula program agihan zakat dari rumah kerumah asnaf.

Misi Agihan Zakat, Sedekah dan Fidyah - Bahagian 1



Sekitar Perkampungan berdekatan Alamesra Kota Kinabalu.




Misi Agihan Zakat, Sedekah dan Fidyah - Bahagian 2

Pengagihan sekitar Kelombong dan Kg. Likas.


 

Dijemput juga untuk menyertai media sosial kami berikut ini:

Facebook: fb.me/annajiyahsabah
Instagram: instagram.com/annajiyahsabah
Telegram: telegram.me/annajiyahsabah
YouTube: youtube.com/channel/UCikyYXGJNIFmEHSdwe8FSYQ
 

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...