Rabu, 30 September 2020

27/09/2020 (AHAD): Menyantuni Asnaf & Infaq Kelas Mengaji Al-Quran




Kali ini skuad An-Najiyah berkunjung ke daerah Ranau & Kundasang.

Dalam misi kali ini ke kampung Veha, Ranau, kami telah menyantuni 3 keluarga asnaf yang ketiga-tiganya mempunyai masalah kesihatan.

KELUARGA 1
Keluarga pertama yang kami kunjungi merupakan seorang suami dengan 2 orang isteri. Suami yang berumur 90 tahun seorang yang lumpuh, kurang daya penglihatan dan terpaksa membuang kencing melalui hos/paip.

Seorang isteri beliau buta kedua mata manakala seorang lagi separah lumpuh. Keluarga ini dijaga oleh anak saudara mereka dan difahamkan ada mendapat bantuan kebajikan.

KELUARGA 2
Keluarga kedua, Puan Noraliza setahun yang lalu sihat menjaga 5 orang anak. Takdir Allah suami beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas sebab tertentu. Sepanjang 10 tahun si isteri bekerja sendiri mengambil upah untuk menyara keluarga.

Setelah suami keluar dari penjara awal tahun lalu, Allah menguji keluarga ini sekali lagi dengan si isteri jatuh sakit bahagian otak. Kesan dari penyakit tersebut si isteri lumpuh separuh badan, pergerakan terbatas, hilang ingatan dan penglihatan kabur. Makanan hanya minum susu tepung, bubur dan biskut.

Alhamdulillah keluarga ini mendapat bantuan e-Kasih. Sekarang ini keluarga ini menumpang di rumah mertua isteri. Si suami hanya bekerja sebagai buruh kasar di kampung agar dapat menjaga si isteri.

KELUARGA 3
Keluarga ketiga kami kunjungi dikenali dengan nama Pak Adul. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang serta komplikasi penyakit lain. Keadaan beliau sukar berjalan dan tinggal di rumah sendirian.

Sebelum ini beliau bekerja sebagai petani tetapi sudah beberapa tahun tidak bekerja kerana sakit. Sumber pendapatan beliau terbatas sehingga membeli susu tepung dan makanan lain agak sukar kerana tiada pendapatan tetap.

***
Kesemua asnaf ini kami telah sumbangkan barang keperluan yang boleh bertahan selama 2 bulan. Antaranya seperti lampin dewasa, barang makanan, tikar getah, susu dan keperluan lain.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat mengurangkan bebanan ketiga-tiga keluarga ini.

WAQAF
Akhir sekali kami menghantar sumbangan di satu halaqah Al-Quran dan Fardhu Ain muslimat di kampung Karengguh Kundasang.

Sebelum itu, mereka menghubungi dan memberitahu kami bahawa mereka memerlukan bahan-bahan untuk kelas mengaji Al-Quran.

Kami memberikan maklumbalas positif. Skuad An-Najiyah berjaya menyediakan bahan untuk kelas mengaji antaranya kitab Al-Quran, Iqra', Al-Hira', sejadah, telekung dan rehal.

***
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang sudi menyalurkan sumbangan ke Pertubuhan kebajikan An-Najiyah Sabah.

Dan tidak lupa kepada sahabat kami Suridin Marman yang telah menaja kenderaan Van untuk kegunaan misi ini. Sesiapa yang ingin mencari kereta sewa bolehlah menghubungi sahabat kami @suridinmarman In syaa Allah kenderaannya bersih dan harga boleh runding.

***
Sumbangan dakwah dan kebajikan An Najiyah boleh di salurkan ke Akaun :

1005 2010 119344 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

Rabu, 23 September 2020

Mereka masih menggunakan dapur kayu untuk memasak




Ahad, 20 September 2020 : Laporan Aktiviti Kebajikan An-Najiyah.

Pada hari isnin lepas (minggu ini), ketika salah seorang dari ahli An-Najiyah sedang memandu di waktu hujan yang sangat lebat, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang agak tua bersama seorang kanak² berjalan bergegas dalam keadaan kehujanan.

Beliau berhenti lalu tumpangkan mereka sehingga orang tua tersebut meminta untuk diturunkan di pinggir jalan.

Melihat keadaan mereka yang terlalu dhoif pada ketika itu, sahabat tadi memaklumkan kepada beberapa ahli An-Najiyah peristiwa tersebut untuk tindakan kebajikan.

Berbekalkan maklumat yang ada, pada khamis yang lalu, kami (beberapa orang ahli An-Najiyah) berusaha untuk menjejaki rumah mereka dan Alhamdulillah dengan izin Allah SWT setelah mencari² di sekitar kawasan tempat mereka turun berhenti, akhirnya kami temui kediaman orang tua tersebut.

***




Kami menemu bual anak² yang ada di situ dan dari maklumat yang kami perolehi, mereka mempunyai 10 orang adik beradik. Dalam keadaan pekerjaan si ayah yang tidak menentu, 5 orang dari sebahagian adik beradik ini tinggal bersama ayah mereka.

Sewaktu kami datang, ayah dan seorang anaknya tidak berada di rumah dan mungkin sedang mencari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi sebagai alas perut buat seisi keluarga.

Namun kami dimaklumkan, 5 adik beradik yang lain tinggal bersama ibunya. Walaubagaimana pun kami tidak mengetahui status bagi pasangan tersebut.




Kami agak sedih ketika kami melihat rumah mereka. Keadaan hidup mereka amat menyedihkan. Mereka masih menggunakan dapur kayu untuk memasak dan kesemuanya diletakkan di atas lantai tanpa alas. 




Kami lihat periuk nasi mereka kosong dan tidak ada sebarang makanan yang tersisa untuk dimakan. Mereka tidak mempunyai kenderaan dan telefon untuk berkomunikasi dan mereka memaklumkan akan berjalan sejauh 10km untuk mendapat kedai yang terdekat bagi membeli keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Sedih kami melihat keadaan mereka. Atas rasa simpati dan tanggungjawab, sempat kami titipkan barang keperluan dapur serta sedikit wang untuk perbelanjaan mereka. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit bebanan untuk beberapa ketika. 

***
Kami mengalu-alukan kepada pembaca yang budiman agar kita sama² dapat berinfaq untuk membantu insan-insan yang sangat memerlukan. 

Bagi mereka yang ingin berinfaq melalui pertubuhan kami, anda boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun dibawah. Insyaa Allah, Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin untuk membantu insan-insan yang dalam kesusahan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
1005 2010 119344 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

Sumbangan Buku Iqra'



20hb Sept 2020: Sumbangan Buku Iqra'

Ahamdulillah..
Sumbangan berapa buku Iqra' telah berjaya diserahkan kepada guru al-Quran di sebuah kampung kawasan Sepanggar.

Beberapa hari sebelum itu, pihak An-Najiyah telah mendapat maklumat bahawa kelas al-Quran tersebut berhadapan dengan kekangan dari sudut kekurangan buku Iqra' sebagai bahan utama dalam pembelajaran al-Quran.

Ini kerana rata-rata pelajar kelas al-Quran tersebut kurang berkemampuan untuk membeli buku Iqra' menyebabkan mereka berganti-ganti menggunakan buku Iqra' yang ada.

An-Najiyah mengambil inisiatif untuk mendapatkan kesahihan maklumat dengan menghubungi guru kelas al-Quran tersebut.

"Kelas tersebut memerlukan kitab Iqra' untuk anak-anak yang datang ke kelas tersebut. Kebanyakkan anak-anak terdiri dari orang yang kurang berkemampuan".

Semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat memberi manfaat yang besar kepada anak-anak di sana mempelajari al-Quran dengan lebih baik dan selesa.

***
Sumbangan Dakwah boleh di salurkan ke akaun :

1005 2010 119344 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...