Rabu, 30 September 2020

27/09/2020 (AHAD): Menyantuni Asnaf & Infaq Kelas Mengaji Al-Quran




Kali ini skuad An-Najiyah berkunjung ke daerah Ranau & Kundasang.

Dalam misi kali ini ke kampung Veha, Ranau, kami telah menyantuni 3 keluarga asnaf yang ketiga-tiganya mempunyai masalah kesihatan.

KELUARGA 1
Keluarga pertama yang kami kunjungi merupakan seorang suami dengan 2 orang isteri. Suami yang berumur 90 tahun seorang yang lumpuh, kurang daya penglihatan dan terpaksa membuang kencing melalui hos/paip.

Seorang isteri beliau buta kedua mata manakala seorang lagi separah lumpuh. Keluarga ini dijaga oleh anak saudara mereka dan difahamkan ada mendapat bantuan kebajikan.

KELUARGA 2
Keluarga kedua, Puan Noraliza setahun yang lalu sihat menjaga 5 orang anak. Takdir Allah suami beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas sebab tertentu. Sepanjang 10 tahun si isteri bekerja sendiri mengambil upah untuk menyara keluarga.

Setelah suami keluar dari penjara awal tahun lalu, Allah menguji keluarga ini sekali lagi dengan si isteri jatuh sakit bahagian otak. Kesan dari penyakit tersebut si isteri lumpuh separuh badan, pergerakan terbatas, hilang ingatan dan penglihatan kabur. Makanan hanya minum susu tepung, bubur dan biskut.

Alhamdulillah keluarga ini mendapat bantuan e-Kasih. Sekarang ini keluarga ini menumpang di rumah mertua isteri. Si suami hanya bekerja sebagai buruh kasar di kampung agar dapat menjaga si isteri.

KELUARGA 3
Keluarga ketiga kami kunjungi dikenali dengan nama Pak Adul. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang serta komplikasi penyakit lain. Keadaan beliau sukar berjalan dan tinggal di rumah sendirian.

Sebelum ini beliau bekerja sebagai petani tetapi sudah beberapa tahun tidak bekerja kerana sakit. Sumber pendapatan beliau terbatas sehingga membeli susu tepung dan makanan lain agak sukar kerana tiada pendapatan tetap.

***
Kesemua asnaf ini kami telah sumbangkan barang keperluan yang boleh bertahan selama 2 bulan. Antaranya seperti lampin dewasa, barang makanan, tikar getah, susu dan keperluan lain.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat mengurangkan bebanan ketiga-tiga keluarga ini.

WAQAF
Akhir sekali kami menghantar sumbangan di satu halaqah Al-Quran dan Fardhu Ain muslimat di kampung Karengguh Kundasang.

Sebelum itu, mereka menghubungi dan memberitahu kami bahawa mereka memerlukan bahan-bahan untuk kelas mengaji Al-Quran.

Kami memberikan maklumbalas positif. Skuad An-Najiyah berjaya menyediakan bahan untuk kelas mengaji antaranya kitab Al-Quran, Iqra', Al-Hira', sejadah, telekung dan rehal.

***
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang sudi menyalurkan sumbangan ke Pertubuhan kebajikan An-Najiyah Sabah.

Dan tidak lupa kepada sahabat kami Suridin Marman yang telah menaja kenderaan Van untuk kegunaan misi ini. Sesiapa yang ingin mencari kereta sewa bolehlah menghubungi sahabat kami @suridinmarman In syaa Allah kenderaannya bersih dan harga boleh runding.

***
Sumbangan dakwah dan kebajikan An Najiyah boleh di salurkan ke Akaun :

1005 2010 119344 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

1 ulasan:

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...