Rabu, 23 September 2020

Mereka masih menggunakan dapur kayu untuk memasak




Ahad, 20 September 2020 : Laporan Aktiviti Kebajikan An-Najiyah.

Pada hari isnin lepas (minggu ini), ketika salah seorang dari ahli An-Najiyah sedang memandu di waktu hujan yang sangat lebat, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang agak tua bersama seorang kanak² berjalan bergegas dalam keadaan kehujanan.

Beliau berhenti lalu tumpangkan mereka sehingga orang tua tersebut meminta untuk diturunkan di pinggir jalan.

Melihat keadaan mereka yang terlalu dhoif pada ketika itu, sahabat tadi memaklumkan kepada beberapa ahli An-Najiyah peristiwa tersebut untuk tindakan kebajikan.

Berbekalkan maklumat yang ada, pada khamis yang lalu, kami (beberapa orang ahli An-Najiyah) berusaha untuk menjejaki rumah mereka dan Alhamdulillah dengan izin Allah SWT setelah mencari² di sekitar kawasan tempat mereka turun berhenti, akhirnya kami temui kediaman orang tua tersebut.

***




Kami menemu bual anak² yang ada di situ dan dari maklumat yang kami perolehi, mereka mempunyai 10 orang adik beradik. Dalam keadaan pekerjaan si ayah yang tidak menentu, 5 orang dari sebahagian adik beradik ini tinggal bersama ayah mereka.

Sewaktu kami datang, ayah dan seorang anaknya tidak berada di rumah dan mungkin sedang mencari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi sebagai alas perut buat seisi keluarga.

Namun kami dimaklumkan, 5 adik beradik yang lain tinggal bersama ibunya. Walaubagaimana pun kami tidak mengetahui status bagi pasangan tersebut.




Kami agak sedih ketika kami melihat rumah mereka. Keadaan hidup mereka amat menyedihkan. Mereka masih menggunakan dapur kayu untuk memasak dan kesemuanya diletakkan di atas lantai tanpa alas. 




Kami lihat periuk nasi mereka kosong dan tidak ada sebarang makanan yang tersisa untuk dimakan. Mereka tidak mempunyai kenderaan dan telefon untuk berkomunikasi dan mereka memaklumkan akan berjalan sejauh 10km untuk mendapat kedai yang terdekat bagi membeli keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Sedih kami melihat keadaan mereka. Atas rasa simpati dan tanggungjawab, sempat kami titipkan barang keperluan dapur serta sedikit wang untuk perbelanjaan mereka. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit bebanan untuk beberapa ketika. 

***
Kami mengalu-alukan kepada pembaca yang budiman agar kita sama² dapat berinfaq untuk membantu insan-insan yang sangat memerlukan. 

Bagi mereka yang ingin berinfaq melalui pertubuhan kami, anda boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun dibawah. Insyaa Allah, Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin untuk membantu insan-insan yang dalam kesusahan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
1005 2010 119344 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...