Khamis, 16 April 2020

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 183

PUASA KEFARDUAN UMAT TERDAHULU

Allah SWT berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)

Tafsiran ayat dari kitab-kitab tafsir terkenal.

1. Tafsir Al-Muyassar:


يا أيها الذين صدَّقوا الله ورسوله وعملوا بشرعه، فرض الله عليكم الصيام كما فرضه على الأمم قبلكم لعلكم تتقون ربكم، فتجعلون بينكم وبين المعاصي وقاية بطاعته وعبادته وحده.

“Wahai orang-orang yang beriman yang membenarkan Allah dan RasulNya dan mengerjakan syariatNya, Allah mewajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana Dia telah mewajibkannya atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketakwaan kepada Tuhan kamu. Sehingga kamu dapat menjadikan di antara kamu dengan perbuatan maksiat sebagai suatu penghalang melalui ketaatan kepadaNya dan ibadah kepadaNya semata-mata.”

 2. Tafsir Ibnu Kathir:

يَقُولُ تَعَالَى مُخَاطِبًا لِلْمُؤْمِنِينَ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَآمِرًا لَهُمْ بِالصِّيَامِ، وَهُوَ: الْإِمْسَاكُ عَنِ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ وَالْوِقَاعِ بِنِيَّةٍ خَالِصَةٍ لِلَّهِ  عَزَّ وَجَلَّ، لِمَا فِيهِ مِنْ زَكَاةِ النَّفْسِ وَطَهَارَتِهَا وَتَنْقِيَتِهَا مِنَ الْأَخْلَاطِ الرَّدِيئَةِ وَالْأَخْلَاقِ الرَّذِيلَةِ. وَذَكَرَ أَنَّهُ كَمَا أَوْجَبَهُ عَلَيْهِمْ فَقَدْ أَوْجَبَهُ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَهُمْ، فَلَهُمْ فِيهِ أُسْوَةٌ، وَليَجتهد هَؤُلَاءِ فِي أَدَاءِ هَذَا الْفَرْضِ أَكْمَلَ مِمَّا فَعَلَهُ أُولَئِكَ

“Melalui ayat ini Allah SWT berbicara kepada orang-orang mukmin dari kalangan umat ini dan memerintahkan kepada mereka berpuasa, iaitu menahan diri dari makan dan minum serta bersetubuh dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Ini kerana di dalam berpuasa terkandung hikmah membersihkan jiwa, menyucikannya serta membebaskannya dari percampuran yang buruk (bagi kesihatan tubuh) dan akhlak-akhlak yang rendah.

Allah menyebutkan bahawasanya sebagaimana puasa diwajibkan atas mereka, sesungguhnya Allah pun telah mewajibkannya atas umat-umat sebelum mereka. Dengan demikian, bererti mereka mempunyai teladan dalam berpuasa, dan hal ini memberikan semangat kepada mereka dalam menunaikan kewajiban ini, iaitu dengan pelaksanaan yang lebih sempurna dari apa yang telah ditunaikan oleh orang-orang sebelum mereka.”

3.Tafsir Jalalayn:



{ ياأيها الذين ءَامَنُواْ كُتِبَ } فرض { عَلَيْكُمُ الصيام كَمَا كُتِبَ عَلَى الذين مِن قَبْلِكُمْ } من الأمم { لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ } المعاصي فإنه يكسر الشهوة التي هي مبدؤها .

“(Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu) di antara umat manusia (agar kamu bertakwa) maksudnya menjaga diri dari maksiat, kerana puasa itu dapat membendung syahwat yang menjadi pangkal sumber kemaksiatan itu.”

#siritafsirquran

#tadabbur
#tafsirpilihan
#qurandanhadis


Dijemput juga untuk menyertai media sosial kami berikut ini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...