Selasa, 9 Februari 2021

Risalah Dari Allah Wajib Diterima Dengan Sepenuhnya


Firman Allah SWT:

فَلا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيما شَجَرَ بَيْنَهُمْ

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. (An-Nisa: 65)

Allah SWT bersumpah dengan menyebut diriNya Yang Maha Mulia lagi Maha Suci, bahawa tidaklah beriman seseorang sebelum dia menjadikan Rasul SAW sebagai hakimnya dalam semua urusannya. Semua yang diputuskan oleh Rasul SAW adalah perkara yang hak dan wajib diikuti zahir dan batin. 

Oleh kerana itulah dalam firman selanjutnya disebutkan:

ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisa: 65)

Dengan kata lain, apabila mereka meminta keputusan hukum darimu, maka mereka mentaatinya dengan tulus ikhlas sepenuh hati mereka, dan dalam hati mereka tidak terdapat suatu keberatan pun terhadap apa yang telah engkau putuskan; mereka tunduk kepadanya secara zahir batin serta menerimanya dengan sepenuhnya, tanpa ada rasa yang menjanggalkan, tanpa ada penolakan, dan tanpa ada sedikit pun rasa menentangnya. Seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang mengatakan:

"وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ"

Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, tidak sekali-kali seseorang di antara kalian beriman sebelum keinginannya mengikuti keputusan yang telah ditetapkan olehku.

(Rujukan: Tafsir Al-Quran Al-Azhim @ Tafsir Ibnu Kathir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH YANG SAHIH

Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam...